Rencong
September 29, 2007
Wahai warga Surat Berita BM,
1. Berkenalan dengan Rencong
Rencong yang diminati ramai ialah senjata berbahaya dari Acheh. Kehebatannya bukan pada logam yang diasah tajam, tetapi reka bentuk yang terdiri daripada huruf-huruf Jawi:
"ba" pada hulu
"sin" pada bahagian bawah hulu
"mim" pada mata pisau
"lam" pada bahagian atas mata pisau
"ha" pada bahagian bawah sarung
Gabungkan "ba, sin, mim, lam, ha" jadilah "Bismillaah"...siapa berani lawan?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Let's Get to Know Rencong
The popular rencong is that dangerous dagger from Acheh. Its strength lies not in the sharpened metal, but in the design composing of Jawi alphabets:
"ba" on the hilt
"sin" below the hilt
"mim" on the blade
"lam" on the upper part of the blade
"ha" beneathe the scabbard
Combine "ba, sin, mim, lam, ha" , you get "Bismillaah", who can stand against the dagger of Acheh?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Gementar Wan nampak senjata tajam...Kita beralih ke Banjaran Bukit Barisan yang dingin di barat daya Sumatera, tempat tinggal kaum Rejang. Kaum ini bertutur dalam Bahasa Rejang yang dibahagikan kepada lima bahasa daerah. Sebelum kedatangan Islam, kaum Rejang menggunakan tulisan Rejang yang juga dikenali sebagai Aksara Kaganga atau---Rencong.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wan shudders at the sight of sharp weapons...Let's move on to the cool mountain ranges of Bukit Barisan, Southwest Sumatera where the Rejang tribe lives. The Rejang people speak Rejang language which has five dialects. Before the advent of Islam, Rejang people writes in Rejang script also known as Aksara Kaganaga or---Rencong
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sumber Indonesia menyatakan nama ka-ga-nga, ini "mengingatkan kita kepada urutan aksara di India dan terutama dalam bahasa Sansekerta."
Pengkaji-pengkaji barat sependapat dengan sumber Indonesia yang tersebut di atas juga memaparkan tulisan Rencong sebagai salah satu" tulisan India yang diketepikan di Kepulauan Asia Tenggara".
Menurut konsep mereka, tulisan India di Kepulauan Asia Tenggara dibahagikan kepada lima jenis:
Hanacaraka ---tulisan Bali, Sunda dan Jawa. Berasal daripada tulisan Jawa lama yang seterusnya berasal daripada Palawa.
Kaganga ---tulisan Sumatera selatan termasuk Kerinci, Rejang, Lampung, Lembak, Pasemah, dan Serawai.
Batak --- tulisan Angkola-Mandailing, Toba, imalungun, Pakpak-Dairi, dan Karo.
Sulawesi --- tulisan Makassar, Bugis, dan, menurut Kozok, Bima.
Filipina ---Mangyan, Tagbanuwa, dan Tagalog
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Indonesian source comments that the term Ka-ga-nga, " reminds us of the first three alphabets of Indic scripts especially Sanskrit."
Western scholars agree with the Indonesian story as stated above and they portray Rencong as one of the " Indic scripts marginalized in insular Southeast Asia."
Their concept is that Indic scripts in insular Southeast Asia is divided into five types:
Hanacaraka ---Scripts of Bali, Sunda and Java. Descended from Old Javanese which in turn evolved from Pallava.
Kaganga ---Southern Sumatran scripts including Kerinci, Rejang, Lampung, Lembak, Pasemah and Serawai.
Batak --- Scripts of Angkola-Mandailing, Toba, Simalungun, Pakpak-Dairi, and Karo.
Sulawesi --- Scripts of Makassar, Bugis, and according to Kozok, Bima.
The Philipines ---Mangyan, Tagbanuwa and Tagalog
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mengapa tulisan Rejang dipanggil Rencong? Istilah Jawi yang merujuk kepada tulisan Rejang beragam-ragam ejaannya dalam tulisan Rumi :Runcing, Rencang, Rancang, Rincing dan Rancung. Akhirnya ejaan Rencong diterima oleh kebanyakan pengkaji.
Sekurang-kurangnya itulah cerita laman Wan yang berjudul " Bahasa Melayu Kuno" dan Rencong ,menurut sumber Malaysia yang menerangkan tulisan Rencong sebagai "tulisan asli pribumi Asia Tenggara."
Sungguh berlainan pendapat sumber Malaysia dan bukan Malaysia tentang Rencong!
Saya tumpukan perhatian pada Rencong sahaja. Pada tahun 1964, di kalangan masyarakat Rejang yang berjumlah 180,000 hanya beberapa ratus orang sahaja yang celik huruf asli Rencong mereka sendiri. Tidak ada usaha pendidikan terancang yang diambil untuk menggiatkan tulisan Rencong. Mungkin kerana tulisan Rencong tidak ada simbol untuk menulis diftong "ea, éa, ia, oa, ua" dan konsonan bergabung seperti "bl dan sl", ini menyebabkan rencong tidak dapat digunakan untuk menulis Bahasa Rejang zaman kini.
Bahasa Malaysia, jika tidak ada simbol "bl" dan "sl" gantikan "blaus" dengan "baju pendek perempuan", "slogan" dengan "cogan kata" lah. Tetapi jika tidak ada simbol "ia" dan "ua", macam manalah kita tulis " Beliau ialah mentua saya"?
Hakikatnya tulisan berbentuk Rencong tidak dapat bertanding dengan tulisan Jawi, tulisan Rumi dan aliran zaman. Adakah akhirnya tulisan Rencong terpaksa menggunakan rencong Acheh untuk merencong sebatang buluh, mencacakkannya ke tanah untuk mengibarkan bendera putih?
Sebaliknya masyarakat Hindu di Indonesia, Myanmar dan Kemboja masih mengekalkan tulisan India.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Why Rejang script is also called Rencong? The Jawi term which refers to the Rejang script can be spelt in various ways according to the Roman alphabets: Runcing, Rencang, Rancang, Rincing and Rancung. In the end, most scholars are in favor of Rencong.
At least that is the story in Wan's web pages entitled " Bahasa Melayu Kuno" and Rencong which are actually quoted from a Malaysian source which defines Rencong as "a native script of Southeast Asia"
What different stories of Rencong between Malaysian and non-Malaysian sources!
Let me zoom in on Rencong. In 1964, only a few hundred out of a total of 180, 000 in the Rejang area of Southwest Sumatera are literate in their native Rencong script. There is no systematic educational effort to revive the script. This could be due to the absence of symbols in Rencong to express diphthongs "ea, éa, ia, oa, ua" and blended consonants such as "bl dan sl", making Rencong unsuitable to write contemporary language.
If there are no "bl" and "sl" in Bahasa Malaysia, simply replace "blaus" for " a short feminine garment" and "slogan" for "cogan kata". However without the symbols for "ia" and "ua", how are we to write " She is my mother-in-law"?
The fact is, this sharp script cannot compete with Jawi script, Romanized script and the winds of change. Will the finale be Rencong script using the dagger of Acheh to make the tip of a bamboo pole askew, stick the pole in the ground to brandish a white flag?
On the other hand, Hindu community in Indonesia, Myanmar and Cambodia are still using Indic scripts.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
2. Kamus Simpulan Bahasa
Mulai bulan ini, Wan menghidangkan laman kamus Simpulan Bahasa terjemahan Bahasa Inggeris yang menggunakan ciri pautan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Wan berharap para Warga Surat Berita BM bersabar sehingga projek ini selesai, dan sudi memberikan tunjuk ajar untuk memperbaiki mutu rujukan ini melalui:
Borong Dalam Talian Untuk Menghubungi Wan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
2. Malay Idiom Dictionary
Commencing this month, Wan builds an online Malay idiom dictionary translated in English, using link features to obtain extra information. I hope you can put up with me until the completion of this project, and if possible voice your opinion to improve the quality of this reference:
Contact me
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
3. Kecil tapak tangan, nyiru Wan tadahkan
...kepada Peter, pengusaha laman web http://www.pulau-pangkor.com kerana beliau telah memberikan banyak sokongan kepada www.bahasa-malaysia-simple-fun.com. Wan terpaksa mengharungi pelbagai rintangan apabila memulakan laman web Bahasa Malaysia ini termasuk sambutan dingin "orang sendiri". Peter merupakan salah seorang yang memberikan galakan dari peringkat awal sehingga ke hari ini, walaupun beliau seorang rakyat asing.
...dan juga kepada sokongan warga Surat Berita BM.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
I wish to extend a big "THANKS" to
...Peter of www.pulau-pangkor.com for supporting www.bahasa-malaysia-simple-fun.com. Wan had to overcome many obstacles including unfavourable responses from "my own people" when I started this website. Peter is one of the folks who gives me encouragement from the beginning till this day even though he is an expat.
...and of course to my subscribers for your support.
http://www.bahasa-malaysia-simple-fun.com/Surat_Berita_BM-rencong.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar